HOME · ABOUT · NEWS · SERVICES · PRODUCTS · HOSTING · CONTACT Sunday, 05 September 2010
NAVIGATOR  » News » Sumber terbuka semakin diiktiraf -Berita Harian
News Main Page   
 

» Articles: The Most Powerful Labor Union in the World: Linux? » Pakej Baru WebHosting! » Install XAMPP for easy, integrated development » ThunderBird 0.7.3 » The Myths of Open Source Software » Taking Chances with Open-Source Software » Experts welcome bid to protect Linux patents » CentOS is an Enterprise-class Linux Distribution » Linux phone platform gains VoIP » Red Hat to join index » Packetstorm in a teacup; Firefox still secure » Ubuntu Linux 5.10 Released » Nokia Opens Source » Results from the 2006 Desktop Linux Survey » Dear Windows user » Open Source Application List » Will Firefox Attract Unwanted Attention? » It's open source from now on » Malaysian Govt urged to go Open Source » Ops Tulen 2005 swings into action » Ubuntu Linux » Google Using Ubuntu Linux, » Sumber terbuka semakin diiktiraf -Berita Harian » XP SP2 Gives Reasons to Switch to Linux » We are Upgrading Our Hosting Server! » Open Source: Govt ready for the next step? » Laman Web Syarikat » Nama Domain Baru! » Linux can open door to jobs » OSS provides vasts technology opportunities for government. » Novell nampak potensi besar dalam pasaran OSS tempatan » Sumber terbuka - Alternatif ICT berkesan, murah » OSS bantu mantapkan perkhidmatan awam » Bajet 2005 bukti komitmen kerajaan terhadap ICT » Open Source Seminar - 22 SEPT 2004

Sumber terbuka semakin diiktiraf

KEPENTINGAN perisian sumber terbuka (OSS) tidak dapat dinafikan terutamanya bagi membantu menjimatkan perbelanjaan syarikat atau kerajaan dan ia semakin mendapat perhatian sebahagian besar kerajaan di seluruh dunia.

Mereka berpendapat perisian sumber terbuka dapat membantu kerajaan bukan saja menjimatkan perbelanjaan malah menjana pendapatan kepada negara, mencipta peluang pekerjaan dan pada masa yang sama memberikan kemahiran yang diperlukan rakyat tempatan.

Jika ditinjau polisi kerajaan di beberapa negara, misalnya, United Kingdom, China, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Taiwan dan Vietnam, mereka menggalakkan pembangunan kepakaran tempatan untuk mengisi keperluan industri perisian yang dibangunkan.

Sebahagian besar kerajaan negara berkenaan memberikan tumpuan kepada standard terbuka dan meningkatkan pilihan, menggalakkan pembangunan perisian tempatan, tiada pilihan khusus tetapi pilihan dibuat mengikut nilai yang diberikan serta menggalakkan penggunaan perisian sumber terbuka di semua sektor.

Misalnya, Vietnam, melaksanakan polisi perisian sumber terbuka berdasarkan tiga peringkat iaitu membabitkan perancangan yang selesai pada Mac, 2003. Ini diikuti dengan memasukkan perisian sumber terbuka dalam kurikulum pendidikan, membangunkan perisian dan ekosistem sokongan, penggunaan komputer peribadi berasaskan OSS dan akhirnya semua sektor awam memanfaatkannya.

Amerika Syarikat, turut tidak terkecuali memanfaatkan OSS untuk kegunaan sektor awamnya. Ini jelas boleh dilihat pada polisi yang diperkenalkan untuk semua jabatan kerajaan bagi memilih sama ada OSS atau perisian komersil mengikut nilai yang ditawarkan oleh perisian itu.

Bagi United Kingdom pula, polisi OSS kerajaan membabitkan sektor awam menyamai apa yang diamalkan di Amerika Syarikat, mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada hanya satu vendor perisian dan memastikan hanya standard terbuka untuk semua pembangunan ICT pada masa depan serta memastikan perisian yang dihasilkan adalah OSS.

China adalah antara negara awal yang menggunakan OSS untuk komputer di jabatan kerajaan menerusi sistem operasi RedFlag yang dibangunkan dengan kerjasama Red Hat. Polisi yang digubal memastikan sektor awam hanya menggunakan perisian yang dibangunkan dengan kepakaran tempatan.

Ini kerana China memberi penekanan kepada keselamatan negara dan juga promosi bagi membangunkan industri perisian tempatan. Pada masa yang sama juga ia memastikan vendor perisian komersil memberikan kod terbuka mereka untuk dikongsi.

Ini bermakna jabatan kerajaan bebas untuk memilih perisian yang akan digunakan sama ada memberikan kelebihan seperti peningkatan produktiviti kepada agensi kerajaan, mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada satu vendor perisian tunggal dan lebih cenderung kepada standard terbuka.

BeritaHarian Online